KASIH SAYANG IBUBAPA TIADA TANDINGANNYA

KASIH SAYANG IBUBAPA TIADA TANDINGANNYA
BAGAIMANA SIKAP KITA TERHADAP ANAK-ANAK ADALAH CERMINAN DIRI KITA. MAKA, BERSIKAPLAH YANG TERBAIK KEPADA MEREKA.

Tuesday, December 28, 2021

PENGAJIAN ISLAM/ TANGGUNGJAWAB BERSAMA

 


TAJUK:   TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI DAN ISTERI SERTA KESAN PENGABAIAN TANGGUNGAWAB TERSEBUT.




SESI DECEMBER 2021/2022

 

MPU23102: PENGAJIAN ISLAM

 

NAMA PENSYARAH:    

PUAN JARIAH BINTI ABDULLAH

 

AHLI KUMPULAN:

NURIN AINA BINT MOHD ZAILANI | 06DSK20F2058

NURKASIH DANIA AINA BINTI SHAMSULAKMAR | 06DSK20F2037

NOR NAZIERAH BINTI HASMEZI | 06DSK20F2065

NUR DANIA BINTI KAMARULAZMAN | 06DSK20F2028

 


PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang”

Segala pujia-pujian ke hadrat Allah SWT.  Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan, serta perlindungan-Nya.

  

Bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinnya kami sekumpulan dapat menyediakan dan menyiapkan tugasan yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Tanggungjawab bersama Suami dan Isteri serta Kesan Pengabaiannya. 

 

Kami daripada kumpulan satu dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Jariah binti Abdullah, pensyarah matapelajaran Pengajian Islam kod MPU23102.  Beliau telah memberikan panduan,bimbingan dan nasihat yang sungguh berfaedah  semasa kami menjalankan blog ini.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana telah memberi dorongan dan menyediakan bahan-bahan untuk kami menyiapkan blog ini.  Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam meyiapkan tugasan ini.  Akhir sekali, terima kepada semua pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyelesaikan tugasan yang diberi ini.



MAKSUD SUAMI ISTERI DAN PERKAHWINAN

 

SUAMI

Salah seorang pelaku berjantina lelaki dalam sesebuah pasangan yang berikrar dan berucap janji memperisterikan diri bersama wanitanya.  Seseorang lelaki biasanya menikah dengan seorang wanita dalam suatu upacara pernikahan sebelum dirasmikan statusnya sebagai seorang suami dan pasangannya sebagai seorang isteri.

 

Seorang lelaki hanya boleh dibenarkan berkahwin dan bernikah dengan seorang wanita sahaja mengikut peraturan banyak agama biasanya.  Dalam budaya tertentu, pernikahan seorang wanita dengan banyak lelaki dikategorikan sebagai poliandri, situasi yang berbalik  dimana seorang lelaki menjadi suami banyak wanita disebut poligami.

 

ISTERI

Merujuk kepada perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada seorang lelaki secara sah.

 

PERKAHWINAN

Secara sejarah, takrif-takrif tepat untuk “perkahwinan” berbeza-beza antara dan di dalam budaya-budaya pemahaman moden menekankan kesalahan hubungan seks dalam perkahwinan yang sejagat dan unik ialah penciptaan persemendaan.

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.  Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.  Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Perkahwinan atau menikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur.  Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Perkataan zawaj digunakan di dalam Al- Quran bermaksud pasangan dalam penggunaanya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah SWT menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.





TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI

    • Ø  Memberi nafkah bulanan kepada isteri
    • Ø  Menyediakan tempat tinggal dan keperluan kepada isteri
    • Ø  Menggauli isteri dengan baik
    • Ø  Mendidik isteri
    • Ø  Menyantun dan menghormati isteri
    • Ø  Menggembirakan hati dan menjaga perasaan isteri
    • Ø  Menjaga maruah dan aib isteri

 

TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI

    • Ø  Taat kepada perintah suami
    • Ø  Memenuhi keperluan batin suami
    • Ø  Meminta izin kepada suami apabila hendak keluar
    • Ø  Memberi layanan yang baik kepada suami
    • Ø  Menjaga pakaian dan penampilan suami
    • Ø  Menjaga makan dan minum suami

 

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

    • ØPergaulan yang baik
    • Ø  Amanah
    • Ø  Saling kasih mengasihi
    • Ø  Saling percaya mempercayai
    • Ø  Faham memahami
    • Ø  Saling tolong menolong
    • Ø  Memenuhi keperluan bersama
    • Ø  Jika ada anak, menjaga kebajikan anak anak



CIRI-CIRI PENGABAIAN SUAMI

ISLAM telah menetapkan tanggungjawab memberi nafkah terhadap isteri dan anak adalah di bawah tanggungjawab suami dan bapa. Sekiranya berlaku penceraian antara suami dan isteri, tanggungjawab memberi nafkah terhadap anak tetap menjadi tanggungjawab kepada seorang bapa dan tidak akan putus dengan sebab penceraian.


Kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang betul.

Isteri berhak mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya kurang dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” 

Walaupun begitu, isu pengabaian nafkah anak masih berlegar dalam masyarakat. Ramai para suami masih kurang melaksanakan perintah nafkah anak sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah.

Selain itu, memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri. Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri iaitu:

·       Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman

·       Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara

·       Memukul wajah, mencela dan menghina.



CIRI- CIRI PENGABAIAN ISTERI

Terlalu ramai isteri pada zaman sekarang yang sangat sibuk dan suka mengira banyaknya dosa-dosa suami, mencari kesalahan dan kesilapan ketua rumah ini tanpa sedar si isteri telah membuat dosa dan mengumpulnya. Tidak masuk syurga Allah bagi seorang isteri derhaka (Nusyuz) kepada suami.

Nusyuz atau kederhakaan isteri kepada suami sangat banyak bentuknya. Berikut ini di antara contohnya:


1. Tidak Bersyukur Kepada Suami

Kebaikan suami kepada isteri itu begitu banyak. Mulai dari nafkah kepada keluarga, menjaga anak isteri, memberikan ketenangan dan ketentraman rumah tangga, dan lainnya. Maka kewajiban isteri adalah bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla kemudian kepada suaminya.
   

                                                                          

2. Menyakiti Suami

Termasuk kewajiban istri adalah mentaati perintah suami dan menyenangkan ketika dilihat suami. Ketika isteri berbuat sebaliknya, yaitu menyakiti suami yang Mukmin, dengan bentuk apapun, maka dia akan mendapatkan murka daripada Allah.


 3. Menolak Ajakan Suami

Isteri berkewajiban melayani suami sebatas kemampuannya asal bukan dalam perkara maksiat. Termasuk ketika suami mengajaknya ke tempat tidurnya, maka isteri tidak boleh menolak.


 4. Keluar Rumah Tanpa Izin

Seorang istri tempatnya di rumah, dia tidak  boleh keluar rumah kecuali dengan izin suaminya. Tidak halal bagi seorang isteri keluar rumahnya tanpa izin suaminya. Tidak halal bagi seorangpun menjemputnya dan menahannya dari suaminya, baik dia sebagai wanita yang menyusui, atau sebagai dukun bayi (bidan), atau pekerjaan lainnya.


          5.  Menyakiti hati suami


Isteri yang suka menyakiti hati suaminya, suka berbantah-bantah atau tidak     membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menyakiti hatinya adalah berdosa besar. 


6.  Isteri membuat fitnah kepada suaminya

 

Isteri cuba memfitnah atau mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu. atau isteri menuduh tanpa bukti yang sahih bahawa suaminya ada perhubungan dengan wanita lain.


7. Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain

 

Isteri selalu chatting, telefon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya kepada lelaki yang bukan mahramnya, jelas inilah tanda seorang isteri derhaka kepada suaminya. Inilah antara dosa paling besar seorang isteri apabila menjalinkan hubungan terlarang Para isteri wajiblah mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri di belakang suaminya. Berdosa besar apabila seorang isteri derhaka pada suaminya, begitu juga haram seorang wanita yang telah bersuami bercinta dengan lelaki lain melalui Facebook atau telefon bimbit.

Jauhkan diri kalian daripada menjadi isteri nusyuz kerana isteri nusyuz tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya ganjaran Allah Subhanahu Wa Ta‘ala terhadap isteri yang solehah dan diredhai oleh suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu ‘anha yang bermaksud :

“Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Janganlah anda tergolong dalam kumpulan isteri nusyuz iaitu isteri derhaka, jadilah seorang isteri yang mendapat redha suami dan dikasihi sepenu

 

STATISTIK PENCERAIAN DI MALAYSIA

Kira-kira lima permohonan perceraian membabitkan pasangan Islam diterima mahkamah syariah seluruh negara dalam tempoh sejam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ia menjadikan purata 121 permohonan difailkan dalam tempoh sehari, manakala bagi permohonan perceraian membabitkan pasangan bukan Islam pula, purata 18 kes direkodkan di seluruh negara dalam tempoh sehari.

Statistik Jabatan Kehakiman Syariah itu bagaimanapun hanya menunjukkan bilangan kes permohonan cerai yang difailkan dan bukan bermaksud semuanya diluluskan serta berakhir dengan perceraian.

Selangor mencatatkan daftar permohonan cerai tertinggi dengan 12,479 kes, diikuti Johor (7,558), Kedah (5,985), Kelantan (5,982), Perak (5,921), Terengganu (5,098), Pahang (5,058), Sabah (4,010), Wilayah Persekutuan (3,854), Negeri Sembilan (3,473), Pulau Pinang (2,978), Perlis (1,081) dan Sarawak (561).

Ia disusuli 1,197 kes perceraian difailkan di Johor, diikuti Negeri Sembilan dengan 861 kes, Melaka sebanyak 449 kes, Pahang dengan 386 kes, Kedah sebanyak 76 kes, Kelantan 45 kes, Perlis dengan 41 kes dan Terengganu sebanyak 29 kes.

Bagi pasangan bukan Islam pula, sebanyak 10,346 kes perceraian difailkan di seluruh Malaysia bagi tempoh sama dengan Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,160 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,893 kes dan Perak 1,209 kes.

Sebelum tercetusnya gelombang ketiga pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada awal tahun ini, 49.4 peratus ibu bapa menyatakan kehidupan mereka dan keluarga hampir kembali normal dan majoriti daripada mereka mulai peka, faham dan mengamalkan cara kehidupan 'norma baharu'.

"Namun begitu, selepas tercetusnya gelombang ketiga dan pelaksanaan PKP 2.0, hampir 80.0 peratus ibu bapa menyatakan kehidupan mereka mulai terkesan dari segi ekonomi dan kesihatan mental," katanya.

Dari segi ekonomi keluarga pula, katanya hampir 28.0 peratus ibu bapa menyatakan keadaan kewangan mereka semakin teruk berbanding ketika tempoh gelombang pandemik dan pelaksanaan PKP sebelumnya.

"Ini terbukti apabila dapatan tinjauan mendapati 84.1 peratus ibu bapa mengalami tekanan emosi atau stress (cemas, gugup dan gelisah) ketika gelombang ketiga pandemik COVID-19 melanda.






KES-KES PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI











KESAN PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

Ø  Kerukunan rumah tangga tergugat

Ø  Timbul pertelingkahan antara suami isteri

Ø  Anak-anak hidup tanpa penjagaan yang sempurna

Ø  Anak-anak membesar tanpa kasih sayang yang secukupnya.

Ø  Anak-anak tidak mendapat didikan yang sewajarnya





PUNCA HUBUNGAN ANAK-ANAK RENGGANG DENGAN IBUBAPA

 - USTAZAH ASMA HARUN-



KESIMPULAN

Pada dasarnya isteri tidak dilarang bekerja di luar kerana kedudukan wanita dan lelaki adalah sama dalam menegakkan amar ma’ruf nahi mungkar, namun mereka hendaklah mematuhi peraturan apabila berada di luar rumah.  Masyarakat amat memerlukan sumbangan wanita terutamanya mereka yang mempunyai kemahiran serta kepakaran tertentu.  Persoalan tanggungjawab suami dan isteri yang dibincangkan bukanlah satu elemen mutlak yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan apabila ia ditangani secara bijak.  Sebaliknya kegagalan suami dan isteri untuk memainkan peranan mereka secara keseluruhannya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja akan memberi impak yang negative terhadap institusi kekeluargaan.  Oleh itu pasangan suami isteri hendaklah berbalik kepada factor agama dalam merealisasikan kehidupan berkeluarga supaya tiada mana-mana ahli keluarga yang terkorban.  Diharap segala masalah yang berkaitan hak dan tanggungjawab ini dapat dibendung terutama dalam kalangan orang Melayu yang tertakluk kepada peraturan rumah tangga dan kekeluargan Islam.








PENGAJIAN ISLAM/ TANGGUNGJAWAB BERSAMA

  TAJUK:     TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI DAN ISTERI SERTA KESAN PENGABAIAN TANGGUNGAWAB TERSEBUT. SESI DECEMBER 2021/2022   MPU23102: PENGA...