TAJUK: TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI DAN ISTERI SERTA
KESAN PENGABAIAN TANGGUNGAWAB TERSEBUT.
SESI
DECEMBER 2021/2022
MPU23102:
PENGAJIAN ISLAM
NAMA PENSYARAH:
PUAN
JARIAH BINTI ABDULLAH
AHLI KUMPULAN:
NURIN AINA BINT MOHD ZAILANI | 06DSK20F2058
NURKASIH DANIA AINA BINTI SHAMSULAKMAR | 06DSK20F2037
NOR NAZIERAH BINTI HASMEZI | 06DSK20F2065
NUR DANIA BINTI KAMARULAZMAN | 06DSK20F2028
PENGHARGAAN
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan
Penyayang”
Segala pujia-pujian ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan
keampunan, serta perlindungan-Nya.
Bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinnya
kami sekumpulan dapat menyediakan dan menyiapkan tugasan yang telah diusahakan
selama ini yang bertajuk Tanggungjawab bersama Suami dan Isteri serta Kesan Pengabaiannya.
Kami daripada kumpulan satu dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Jariah binti Abdullah, pensyarah matapelajaran Pengajian Islam kod MPU23102. Beliau telah memberikan panduan,bimbingan dan nasihat yang sungguh berfaedah semasa kami menjalankan blog ini.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
kedua ibu bapa kami kerana telah memberi dorongan dan menyediakan bahan-bahan
untuk kami menyiapkan blog ini. Tidak
lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam meyiapkan
tugasan ini. Akhir sekali, terima kepada
semua pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang
kami menyelesaikan tugasan yang diberi ini.
MAKSUD SUAMI ISTERI DAN PERKAHWINAN
SUAMI
Salah
seorang pelaku berjantina lelaki dalam sesebuah pasangan yang berikrar dan berucap
janji memperisterikan diri bersama wanitanya.
Seseorang lelaki biasanya menikah dengan seorang wanita dalam suatu
upacara pernikahan sebelum dirasmikan statusnya sebagai seorang suami dan
pasangannya sebagai seorang isteri.
Seorang
lelaki hanya boleh dibenarkan berkahwin dan bernikah dengan seorang wanita
sahaja mengikut peraturan banyak agama biasanya. Dalam budaya tertentu, pernikahan seorang wanita
dengan banyak lelaki dikategorikan sebagai poliandri, situasi yang
berbalik dimana seorang lelaki menjadi
suami banyak wanita disebut poligami.
ISTERI
Merujuk
kepada perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada seorang lelaki secara sah.
PERKAHWINAN
Secara
sejarah, takrif-takrif tepat untuk “perkahwinan” berbeza-beza antara dan di dalam
budaya-budaya pemahaman moden menekankan kesalahan hubungan seks dalam
perkahwinan yang sejagat dan unik ialah penciptaan persemendaan.
Maksud
perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan
hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan
tanggungjawab. Dalam erti kata lain,
suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang
mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat
yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau
tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.
Perkahwinan
atau menikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab
dan qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan
yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang
ditentukan oleh Islam.
Perkataan
zawaj digunakan
di dalam Al- Quran bermaksud pasangan dalam penggunaanya perkataan ini
bermaksud perkahwinan Allah SWT menjadikan manusia itu berpasang-pasangan,
menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI
- Ø
Memberi
nafkah bulanan kepada isteri
- Ø
Menyediakan
tempat tinggal dan keperluan kepada isteri
- Ø
Menggauli
isteri dengan baik
- Ø
Mendidik
isteri
- Ø
Menyantun
dan menghormati isteri
- Ø
Menggembirakan
hati dan menjaga perasaan isteri
- Ø
Menjaga
maruah dan aib isteri
TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI
- Ø Taat kepada perintah suami
- Ø Memenuhi keperluan batin suami
- Ø Meminta izin kepada suami apabila hendak keluar
- Ø Memberi layanan yang baik kepada suami
- Ø Menjaga pakaian dan penampilan suami
- Ø Menjaga makan dan minum suami
TANGGUNGJAWAB BERSAMA
- ØPergaulan
yang baik
- Ø
Amanah
- Ø
Saling
kasih mengasihi
- Ø
Saling
percaya mempercayai
- Ø
Faham
memahami
- Ø
Saling
tolong menolong
- Ø
Memenuhi
keperluan bersama
- Ø Jika ada anak, menjaga kebajikan anak anak
CIRI-CIRI
PENGABAIAN SUAMI
ISLAM telah menetapkan tanggungjawab memberi nafkah terhadap isteri dan anak adalah di bawah tanggungjawab suami dan bapa. Sekiranya berlaku penceraian antara suami dan isteri, tanggungjawab memberi nafkah terhadap anak tetap menjadi tanggungjawab kepada seorang bapa dan tidak akan putus dengan sebab penceraian.
Kewajipan
bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang
sepatutnya.Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.
Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan
juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga
menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya
(suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah
dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang
lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu
mahu beri itu dengan cara yang betul.
Isteri
berhak mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya
bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya,
mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya kurang
dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada
pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi
keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Jika
seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan
pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.”
Walaupun
begitu, isu pengabaian nafkah anak masih berlegar dalam masyarakat. Ramai para
suami masih kurang melaksanakan perintah nafkah anak sebagaimana yang
diperintahkan oleh mahkamah.
Selain itu, memberi hukuman yang tidak
sesuai dengan kesalahan isteri. Ini
termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri iaitu:
·
Menggunakan
pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman
·
Mengusir
isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara
·
Memukul
wajah, mencela dan menghina.
CIRI-
CIRI PENGABAIAN ISTERI
Terlalu ramai isteri pada zaman sekarang yang sangat sibuk dan suka mengira banyaknya dosa-dosa suami, mencari kesalahan dan kesilapan ketua rumah ini tanpa sedar si isteri telah membuat dosa dan mengumpulnya. Tidak masuk syurga Allah bagi seorang isteri derhaka (Nusyuz) kepada suami.
Nusyuz atau kederhakaan isteri kepada suami sangat banyak
bentuknya. Berikut ini di antara contohnya:
1. Tidak Bersyukur Kepada Suami
Kebaikan suami kepada isteri itu begitu banyak. Mulai dari nafkah kepada
keluarga, menjaga anak isteri, memberikan ketenangan dan ketentraman rumah
tangga, dan lainnya. Maka kewajiban isteri adalah bersyukur kepada Allah Azza
wa Jalla kemudian kepada suaminya.
2.
Menyakiti Suami
Termasuk kewajiban istri adalah mentaati perintah suami dan
menyenangkan ketika dilihat suami. Ketika isteri berbuat sebaliknya, yaitu menyakiti
suami yang Mukmin, dengan bentuk apapun, maka dia akan mendapatkan murka
daripada Allah.
3. Menolak Ajakan Suami
Isteri berkewajiban melayani suami sebatas kemampuannya asal bukan
dalam perkara maksiat. Termasuk ketika suami mengajaknya ke tempat tidurnya,
maka isteri tidak boleh menolak.
4. Keluar Rumah Tanpa Izin
Seorang istri tempatnya di rumah, dia tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suaminya. Tidak halal bagi seorang isteri keluar rumahnya tanpa izin suaminya. Tidak halal bagi seorangpun menjemputnya dan menahannya dari suaminya, baik dia sebagai wanita yang menyusui, atau sebagai dukun bayi (bidan), atau pekerjaan lainnya.
5. Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suaminya, suka berbantah-bantah atau tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menyakiti hatinya adalah berdosa besar.
6.
Isteri membuat fitnah kepada suaminya
Isteri cuba memfitnah atau mendakwa
suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu. atau isteri
menuduh tanpa bukti yang sahih bahawa suaminya ada perhubungan dengan wanita
lain.
7. Isteri merahsiakan
perhubungannya dengan lelaki lain
Isteri selalu chatting, telefon dan
hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan
menceritakan aib suaminya kepada lelaki yang bukan mahramnya, jelas inilah
tanda seorang isteri derhaka kepada suaminya. Inilah antara dosa paling besar
seorang isteri apabila menjalinkan hubungan terlarang Para isteri wajiblah mentaati suaminya dan menjaga
kehormatan diri di belakang suaminya. Berdosa besar apabila seorang isteri
derhaka pada suaminya, begitu juga haram seorang wanita yang telah bersuami
bercinta dengan lelaki lain melalui Facebook atau telefon bimbit.
Jauhkan diri kalian daripada menjadi
isteri nusyuz kerana isteri nusyuz tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya
ganjaran Allah Subhanahu Wa Ta‘ala terhadap isteri yang solehah dan diredhai
oleh suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu
‘anha yang bermaksud :
“Setiap perempuan yang mati dalam keadaan
suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat
at-Tirmidzi)
Janganlah anda tergolong dalam kumpulan isteri nusyuz iaitu isteri derhaka, jadilah seorang isteri yang mendapat redha suami dan dikasihi sepenu
STATISTIK PENCERAIAN DI
MALAYSIA
Kira-kira lima permohonan perceraian membabitkan pasangan Islam diterima mahkamah syariah seluruh negara dalam tempoh sejam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Ia menjadikan purata 121 permohonan difailkan dalam tempoh sehari, manakala bagi permohonan perceraian membabitkan pasangan bukan Islam pula, purata 18 kes direkodkan di seluruh negara dalam tempoh sehari.
Statistik Jabatan Kehakiman Syariah itu bagaimanapun hanya menunjukkan bilangan kes permohonan cerai yang difailkan dan bukan bermaksud semuanya diluluskan serta berakhir dengan perceraian.
Selangor mencatatkan daftar permohonan cerai tertinggi dengan 12,479 kes, diikuti Johor (7,558), Kedah (5,985), Kelantan (5,982), Perak (5,921), Terengganu (5,098), Pahang (5,058), Sabah (4,010), Wilayah Persekutuan (3,854), Negeri Sembilan (3,473), Pulau Pinang (2,978), Perlis (1,081) dan Sarawak (561).
Ia disusuli 1,197 kes
perceraian difailkan di Johor, diikuti Negeri Sembilan dengan 861 kes, Melaka
sebanyak 449 kes, Pahang dengan 386 kes, Kedah sebanyak 76 kes, Kelantan 45
kes, Perlis dengan 41 kes dan Terengganu sebanyak 29 kes.
Bagi pasangan bukan Islam pula, sebanyak 10,346 kes perceraian difailkan di seluruh Malaysia bagi tempoh sama dengan Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,160 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,893 kes dan Perak 1,209 kes.
Sebelum tercetusnya
gelombang ketiga pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) 2.0 pada awal tahun ini, 49.4 peratus ibu bapa menyatakan kehidupan mereka
dan keluarga hampir kembali normal dan majoriti daripada mereka mulai peka,
faham dan mengamalkan cara kehidupan 'norma baharu'.
"Namun begitu,
selepas tercetusnya gelombang ketiga dan pelaksanaan PKP 2.0, hampir 80.0
peratus ibu bapa menyatakan kehidupan mereka mulai terkesan dari segi ekonomi
dan kesihatan mental," katanya.
Dari segi ekonomi
keluarga pula, katanya hampir 28.0 peratus ibu bapa menyatakan keadaan kewangan
mereka semakin teruk berbanding ketika tempoh gelombang pandemik dan
pelaksanaan PKP sebelumnya.
"Ini terbukti apabila dapatan tinjauan mendapati 84.1 peratus ibu bapa mengalami tekanan emosi atau stress (cemas, gugup dan gelisah) ketika gelombang ketiga pandemik COVID-19 melanda.
KES-KES PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
KESAN
PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
Ø Kerukunan
rumah tangga tergugat
Ø Timbul
pertelingkahan antara suami isteri
Ø Anak-anak
hidup tanpa penjagaan yang sempurna
Ø Anak-anak membesar tanpa kasih sayang yang secukupnya.
Ø Anak-anak
tidak mendapat didikan yang sewajarnya
PUNCA HUBUNGAN ANAK-ANAK RENGGANG DENGAN IBUBAPA
- USTAZAH ASMA HARUN-
KESIMPULAN
Pada dasarnya isteri tidak dilarang bekerja di luar kerana
kedudukan wanita dan lelaki adalah sama dalam menegakkan amar ma’ruf nahi
mungkar, namun mereka hendaklah mematuhi peraturan apabila berada di luar rumah. Masyarakat amat memerlukan sumbangan wanita
terutamanya mereka yang mempunyai kemahiran serta kepakaran tertentu. Persoalan tanggungjawab suami dan isteri yang
dibincangkan bukanlah satu elemen mutlak yang boleh meruntuhkan institusi
kekeluargaan apabila ia ditangani secara bijak.
Sebaliknya kegagalan suami dan isteri untuk memainkan peranan mereka
secara keseluruhannya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja akan memberi
impak yang negative terhadap institusi kekeluargaan. Oleh itu pasangan suami isteri hendaklah
berbalik kepada factor agama dalam merealisasikan kehidupan berkeluarga supaya
tiada mana-mana ahli keluarga yang terkorban.
Diharap segala masalah yang berkaitan hak dan tanggungjawab ini dapat
dibendung terutama dalam kalangan orang Melayu yang tertakluk kepada peraturan
rumah tangga dan kekeluargan Islam.

No comments:
Post a Comment